17/9/2023 Majlis Bandaraya Pasir Gudang telah menyertai program di bawah anjuran Perbadanan Pengurusan Sisa Pepajal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan kerjasama dari Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan jayanya bertempat di Taman Bandar Pasir Gudang.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada YB Dato’ Asman Shah bin Abd Rahman, Datuk Bandar Pasir Gudang MBPG dan juga warga kerja MBPG yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program Pasir Gudang@World Cleanup Day 2023 ini.
Objektif World Cleanup Day (WCD) merupakan sebuah program global tahunan bertujuan untuk menangani masalah sisa pepejal termasuk sisa di laut. Dengan itu pihak Majlis Bandaraya Pasir Gudang menyahut cabaran bagi menangani masalah ini dengan menyertai aktiviti pembersihan bersama-sama dengan bantuan sebahagian dari pekerja Majlis Bandaraya Pasir Gudang bagi menjayakan program “World Cleanup Day (WCD)”.
Dengan aktiviti seperti ini, berharap agar semua warga Pasir Gudang bersama-sama dapat menjaga kebersihan alam sekitar demi memastikan Pasir Gudang menjadi bandar bersih dan lestari.
Pasir Gudang@World Cleanup Day 2023
#bandarayaindustridanpelabuhan