Langkau ke kandungan utama

9/1/2023 | Majlis Bandaraya Pasir Gudang telah mengambil satu inisiatif baru untuk menggantikan kaedah yang lama bagi kerja-kerja penampalan jalan (Pothole) dengan menggunakan kaedah Hot In-Place Recycling. Uji cuba kaedah ini dilaksanakan bagi mengatasi tampalan jalan yang sebelum ini hanya bertahan untuk masa yang singkat dan seterusnya bagi memastikan tampalan jalan dapat bertahan dengan lebih lama.

Turut hadir bagi menyaksikan demonstrasi ini ialah YB Dato’ Haji Jafni Md Shukor, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Tn Ir Ts Mohd Fazli bin Mohamad Saleh, Exco Kerjaraya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, YB Dato’ Asman Shah bin Abd Rahman, Datuk Bandar Pasir Gudang.

Kaedah ini akan diuji cuba dalam tempoh yang ditetapkan bagi melihat keberkesanan dan ketahanan tampalan jalan tersebut sebelum kaedah ini digunakan sepenuhnya di Pasir Gudang khususnya bagi memastikan keselesaan pengguna jalan raya di Pasir Gudang.

Sebelum itu YB-YB Exco dibawa melawat ke Command Centre (Pusat Kawalan CCTV) MBPG bagi menunjukkan sistem Bandar Selamat dan sistem Lampu Isyarat Pintar yang dilaksanakan di Bandaraya Pasir Gudang.

Semoga dengan lawatan kerja ini dapat memberi gambaran sebenar apa yang telah dilaksanakan di Pasir Gudang khususnya.

#majlisbandarayapasirgudang

#dynamicpasirgudang

img