22/11/2022 Yang Berhormat Datuk Mohd Jafni Bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor selaku wakil rasmi YAB Menteri Besar Johor pada hari ini telah menyempurnakan Majlis Perasmian Pecah Tanah Kompleks Bangunan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) yang terletak di Jalan Kong-Kong, Pasir Gudang, Johor.
Turut hadir Yang Berhormat, Dato’ Haji Ashari Bin Kasnan, Pengarah Tanah Dan Galian Johor, Yang Berhormat Dato’ Dr. Haji Rahim Bin Ramli, Penasihat Kanan Keck Seng (M) Berhad dan Yang Berhormat Tn. Hj. Azizul Bin Bachok, Adun Tiram.
Kompleks Bangunan MBPG ini di jangka siap dalam tempoh 38 bulan iaitu mulai tarikh serah tapak pada 1 November 2022 hingga 31 Disember 2025. Pemilihan tapak Kompleks bangunan ini merupakan aspirasi daripada DYMM Sultan Johor dengan mengambil kira dalam mencorak Pasir Gudang sebagai sebuah bandar raya terulung dan terkemuka satu masa nanti, MBPG perlu berfikiran 10 tahun ke hadapan bagi memastikan perkembangan perkhidmatan dirancang dengan lebih baik.
MBPG telah menetapkan hala tuju menyokong rancangan tempatan Pasir Gudang (RTPG) 2030 supaya lebih
mantap
perkembangannya dengan menghasilkan pelan tindakan pembangunan komprehensif dan berdaya laksana. Manakala tapak ini termasuk di dalam dua rangka kajian rancangan khas iaitu kajian rancangan khas industri dan pelabuhan dan kajian rancangan khas kampung pinggiran bandar. tempoh kajian disasarkan adalah selama 6 bulan bermula pada januari 2023 sehingga jun 2023. Menjadi hasrat MBPG bagi merealisasikan pelan tindakan pembangunan ini dengan memastikan kedua-dua kajian ini dibuat dengan jayanya.
Semoga dengan siapnya kompleks bangunan ini kelak akan dapat mengatasi masalah kepadatan ruang pejabat sedia ada sekaligus memudahkan segala urusan yang berkaitan dapat dilestarikan dengan jayanya. Selain dapat menyuntik dan melonjakkan lagi semangat warga kerja untuk terus memberikan perkhidmatan yang
terbaik
, bingkas dan tangkas kepada masyarakat di Pasir Gudang khasnya dan di negeri Johor, umumnya.
Ianya juga dijangka akan menjadi titik permulaan kepada satu lagi kemajuan pembangunan setempat dan kemajuan masyarakat di kawasan ekonomi baru berkepadatan rendah di Pasir Gudang.