Pertandingan ini diwujudkan seiring dengan aspirasi negara untuk menjadi Negara Taman Terindah selari dengan wawasan negara menjadi negara maju taman terindah. Bagi menzahirkan komitmen terhadap hasrat tersebut Majlis Bandaraya Pasir Gudang sebagai sebuah bandar pelabuhan dan industri yang tersohor di negara mengambil inisiatif untuk membuka peluang kepada semua lapisan masyarakat termasuk agensi-agensi kerajaan dan swasta melibatkan diri secara langsung di dalam pengindahan alam sekitar di kawasan di Pasir Gudang.