Langkau ke kandungan utama

22/10/2022 | YB Tn Hj Azizul bin Hj Bachok, ADUN Tiram telah merasmikan Program Gotong Royong Mega 2.0 Perangi Aedes sempena Johor Bersih. Turut hadir dalam program tersebut YB Dato’ Dr. Aman bin Rabu, Pengarah Kesihatan Negeri Johor, En Hafiz bin Aliman, Setiausaha MBPG, dan Penguhulu Mukim Plentong.

Program ini dilaksanakan serentak di 24 zon dalam kawasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang yang diketuai oleh Ahli-ahli Majlis, MBPG. Gotong Royong ini dilaksanakan bagi menggalakkan dan tanggungjawab bersama di kalangan komuniti setempat berkaitan kebersihan. Untuk makluman, program ini turut dilaksanakan serentak di seluruh Negeri Johor.

Terima kasih kepada warga Bandaraya Pasir Gudang diatas sokongan dan penglibatan dalam menjayakan program ini. Semoga dengan usaha ini dapat dilaksanakan secara konsisten dan seterus memastikan Pasir Gudang sentiasa dalam keadaan bersih.

#majlisbandarayapasirgudang

#dynamicpasirgudang

#JohorBersih

img