Langkau ke kandungan utama

MBPG melalui Jabatan Khidmat Pengurusan dan Bahagian Audit Dalam & Integriti bersama pihak SPRM Johor pada hari ini telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Pengurusan Integriti di kalangan pegawai-pegawai MBPG.

Program yang bermula dari jam 8.30 pagi hingga jam 5.00 petang ini telah disertai oleh seramai 30 orang pegawai-pegawai dari pelbagai latarbelakang Jabatan, Bahagian dan Unit di MBPG.

Penolong Pesuruhjaya Haslinda binti Hamzah selaku Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM dan Penolong Pesuruhjaya Mohd Fauzi bin Shadollah, Ketua Cawangan, SPRM Batu Pahat telah menyampaikan pembentangan-pembentangan berkaitan yang bertajuk dari sisi Penyediaan Maklumat Berkualiti dan Aduan Lengkap serta berkaitan Temuduga Atau Rakaman Penyataan Saksi (OKT). Bengkel diakhiri dengan aktiviti latih amal/simulasi yang dikendalikan oleh tiga orang pegawai SPRM

Yang Setia, Dato' Hj Azmi bin Hj Alias, Pengarah SPRM Johor dan YB Dato' Asman Shah bin Abd Rahman, Datuk Bandar MBPG telah berkesempatan hadir menraikan para peserta dengan mengharapkan agar semua yang hadir dapat memanfaatkan segala ilmu dan pengetahuan untuk bertindak dengan amanah dan saksama mengikut aturan dan prosedur yang ditetapkan.

#majlisbandarayapasirgudang

#dynamicpasirgudang

img