Langkau ke kandungan utama

Menjunjung Kasih DYMM Sultan Johor diatas kurniaan pelitup muka berkualiti tinggi kepada Kerajaan Negeri Johor bersempena Pilihan Raya Umum Negeri Johor yang akan diadakan pada 12 Mac 2022.

Majlis Bandaraya Pasir Gudang juga turut menerima kuniaan pelitup muka dari DYMM Sultan Johor bagi petugas-petugas Pilihan Raya di Dun N42 - Johor Jaya dan N43 - Permas. Seramai 2608 orang yang akan bertugas di 2 Dun dibawah seliaan Datuk Bandar MBPG dan Setiausaha MBPG.

Berikutan kes Covid19 yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini, di Negeri Johor juga tidak ketinggalan peningkatan kes Covid19 setiap hari. Dengan kurniaan DYMM Sultan Johor ini, ianya dapat mengurangkan risiko penularan wabak ini dan juga ianya sebagai pencegahan bagi memastikan kesejahteraan dan kesihatan petugas dan rakyat Johor terjamin.

Diingatkan juga supaya orang awam sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Menjunjung Kasih DYMM Sultan Johor

Allah Peliharakan Sultan

img