31 Ogos 2024, Kontinjen perarakan dan perbarisan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) berjaya merangkul Johan bagi beberapa kategori semasa Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Daerah Johor Bahru pagi tadi.
Antara kategori tersebut adalah;
1. Johan Pakaian Dan Uniform Terbaik Kategori Jabatan Kerajaan
2. Johan Perbarisan Terbaik Kategori Jabatan Kerajaan
3. Johan Keseluruhan Majlis Perbarisan Dan Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Johor Bahru 2024
Sesi penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat, Tuan Aznan bin Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor. MBPG mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada para peserta Kontinjen yang mewakili MBPG.
DIRGAHAYU NEGARAKU
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor.