Langkau ke kandungan utama

PENJELASAN PERMOHONAN BANTUAN TUNAI IHSAN COVID-19 JOHOR

Bantuan tunai yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Johor akan memberi keutamaan kepada mereka yang tidak pernah menerima sebarang bentuk bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.

Borang yang tular di media sosial bukanlah untuk edaran awam. Kerajaan Negeri Johor telah melantik wakil / penyelaras sebagai pemudah cara mewakili Kerajaan Negeri Johor untuk mengenal pasti golongan yang terjejas tetapi tidak mendapat apa-apa bantuan.

Wakil / penyelaras akan dilantik oleh pusat saluran (Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat ADUN dan Pejabat Daerah) dalam kalangan pemimpin masyarakat setempat.

Penentuan kepada mereka yang layak menerima Bantuan Tunai Ihsan COVID-19 Johor tertakluk pada penilaian akhir oleh sistem e-IHSAN Johor di bawah kendalian Perbendaharaan Negeri Johor.

#berdiribersamajohor
#standwithjohor
#keepjohorsafe

imgimgimgimg