10 September 2024, Majlis Bandaraya Pasir Gudang bersama Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor, Jabatan Imegresen Negeri Johor, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Johor dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Johor telah melaksanakan serbuan terhadap 14 buah premis yang dihuni oleh warga asing di sekitar kawasan pentadbiran MBPG.
Serbuan ini telah berjaya menahan seramai 8 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) hasil daripada 72 jumlah orang yang diperiksa, dibawah Akta Imigresen 1959/63 Seksyen 6(1)(c), di atas kesalahan tidak mempunyai dokumen yang sah.
Operasi telah disertai, Yang Berhormat Dato’ Asman Shah bin Abd. Rahman, Datuk Bandar Pasir Gudang, Tuan Che Mohd Rokman Bin Che Awang, Pengarah Tenaga Kerja Negeri Johor, Tuan Muhamad Hafiz bin Khamis, Timbalan Penolong Pengarah Imegresen Negeri Johor, Encik Muhammad Amirul Ashraf bin Ismail, Pegawai Eksekutif Penguatkuasa Perkeso Negeri Johor dan Encik Muhamad Mustaqim Shamsudin, Eksekutif Penguatkuasaan SSM Negeri Johor. Sehubungan itu, pihak Majlis Bandaraya Pasir Gudang amat menggalakan orang ramai untuk menyalurkan maklumat / aduan yang lengkap berkenaan kesalahan warga asing di Pasir Gudang.