Pada 5 Mac 2022, MBPG melalui Jabatan Kejuruteraan Dan Landskap hari ini telah menjadi johan bagi kategori booth paling kreatif PBT sekaligus memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM3000 bersempena penganjuran Hari Landskap Negara 2022 bertempat di Taman Ekoflora Johor Bahru. Naib Johan di menangi oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru dan tempat ketiga disandang oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat.
Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia. Turut mengiringi beliau ialah Yang Berhormat Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan serta Puan Hajah Rotinah binti Mohd Daik, Ketua Pengarah, Jabatan Landskap Negara.
Bertemakan Petal of Life “Resilient & Sustainable Garden” MBPG telah mempersembahkan rekabentuk pentas pemeran yang diinspirasikan daripada kelopak tunggal dan pistil bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan Malaysia.
25 Tahun Negara Taman Terindah menjadi tema Hari Landskap Negara. Era landskap pada masa ini bukan hanya pada keindahan hiasan mata memandang tetapi juga keberfungsiannya dalam kehidupan seharian malah lebih berharga adalah peranannya untuk kesihatan. Kearah kelestarian alam justeru taman yang kekal adalah taman yang sering dikunjungi dan dapat dinikmati bauan dan rasanya.
Melalui adaptasi dari sisi landskap kejur pula, kelopak bunga tunggal ini diilustrasi melalui rekabentuk spiral bertingkat kayu palet di mana ianya adalah salah satu bahan kitar semula yang menjadi trend pembinaan komponen perabut landskap pada waktu ini. Sentuhan ini adalah mengaitkan usaha Bandaraya Pasir Gudang sebagai Bandaraya Industri dan Pelabuhan yang dinamik, mengambil inisiatif membentuk sebuah bandar yang lestari menekankan ciri-ciri rendah karbon di dalam era bandar pintar. Kepelbagaian rekabentuk memberikan idea dan ilham kepada pengunjung akan penggunaan kayu terpakai untuk binaan perabut di rumah, kotak tanaman, kotak hiasan dan sebagainya. Bahan terpakai ini bukan hanya mesra alam sekitar, malah juga ia adalah bahan yang murah dan menjimatkan.
Dari sisi konsep rekabentuk landskap lembut pula ianya merujuk kepada tanaman edible yang diolah menjadi tanaman hiasan, Keceriaan rekabentuk landskap lembut, menggunakan tanaman makanan seperti pokok serai, kunyit, terung, kobis, bayam, kangkung, bersama digayakan dengan tanaman teduhan menghijau dan pokok renek jenis berbunga.
#Resilient&SustainableGarden
#Dynamicpasirgudang