4 Julai 2024, Majlis Bandaraya Pasir Gudang menyambut mesra delegasi lawatan Politeknik Metro Johor Bahru yang diketuai oleh Puan Hamidah binti Ab Rahman, Timbalan Pengarah PMJB.
Sesi lawatan dimulai dengan pembentangan taklimat pelaksanaan EKSA di MBPG yang dipengerusikan oleh Encik Mohd Syafiq Hanis bin Hamli, Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam merangkap penyelaras EKSA MBPG. Delegasi turut dibawa melawat ke beberapa buah zon EKSA bagi tujuan pendedahan praktikal. Majlis Bandaraya Pasir Gudang mengucapkan jutaan terima kasih kepada Politeknik Metro Johor Bahru di atas kesudian membuat lawatan kerja ke MBPG.