Langkau ke kandungan utama

Menjunjung setinggi-tinggi kasih DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor, di atas kurniaan Titipan Kasih untuk Frontliners di PKRC dan CAC Pasir Gudang sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan DYMM Tuanku pada hari ini, 14 Ogos 2021, bersamaan 5 Muharram 1443 Hijrah.

14/8/2021 | Yang Berhormat Dato’ Asman Shah bin Abd Rahman, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang telah menyerahkan Kurniaan DYMM Permaisuri Johor kepada wakil-wakil agensi di PKRC dan CAC Pasir Gudang pada pagi ini dan turut mengiringi beliau pada sesi penyerahan kurniaan tersebut ialah Yang Dihormati Datin Halimah binti Mohamed Rasip, Pengerusi Puspanita Cawangan MBPG.

Hasil kerjasama di antara Majlis Bandaraya Pasir Gudang dan Puspanita MBPG, sebanyak 254 bungkusan kurniaan DYMM Permaisuri Johor telah diserahkan kepada wakil-wakil agensi yang bertugas di PKRC dan CAC Pasir Gudang pada hari ini, bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan DYMM Permaisuri Johor.

MENJUNJUNG KASIH TUANKU

SEMOGA ALLAH MELANJUTKAN USIA DYMM TUANKU.

Rujukan GAMBAR-GAMBAR