27 Ogos 2024, telah berlangsung serahan hadiah cabutan bertuah cukai harta kepada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga yang bertempat di Air Terjun Dinamik Pasir Gudang. Disampaikan oleh Ketua Whip MBPG, Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Amin bin Ahmad dan diiringi oleh Setiausaha MBPG, Puan Nurul Ashikin binti A.Jabar dan Timbalan Setiausaha MBPG, Tuan Haji Abdul Malek bin Mohamed.
Pemenang tempat pertama dimenangi oleh Encik Daud bin Mahdan, membawa pulang hadiah Motor Yamaha Y15 2024, dan pemenang kedua dimenangi oleh Encik Wong Chen Chuong memenangi Iphone 15 Pro dan pemenang tempat ketiga Encik Manoj A/L Ravisundram membawa pulang Mountain Bike Cyclone NX.