Dasar Kualiti
Majlis Bandaraya Pasir Gudang beritizam melaksanakan pengurusan yang berkualiti dan profesional serta melaksanakan penambahbaikan berterusan dan memastikan keberkesanan sistem bagi mencapai objektif kualiti berdasarkan perkara-perkara berikut:
Mengurustadbir kawasan Pasir Gudang secara gemilang dan lestari ke arah pembentukan persekitaran kehidupan yang sejahtera.
Memastikan aktiviti dan projek-projek pembangunan yang dijalankan memberi manfaat kepada masyarakat
Menekankan pembangunan holistik berdasarkan peruntukan Akta Kerajaan Tempatan dan selaras dengan dasar-dasar kerajaan.
Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan warga kerja melalui latihan yang berterusan
Mempertingkatkan kerjasama dua hala dengan masyarakat bagi memperkasa komuniti.