Langkau ke kandungan utama
KENYATAAN MEDIA
 
PERKARA    :    MAJLIS PELANCARAN BUKU PANDUAN DAN PELAN SETARA PASIR GUDANG 2016
OLEH            :    YAB DATO’ MOHAMED KHALED NORDIN 
                          MENTERI BESAR JOHOR
TARIKH       :   19 OGOS 2016

 

 

  1. MAJLIS PELANCARAN BUKU PANDUAN DAN PELAN SETARA PASIR GUDANG 2016 DIRASMIKAN PADA 19 OGOS 2016.

 

  1. MAJLIS AKAN DILANCARKAN OLEH YAB DATO’ MOHAMED KHALED BIN NORDIN, MENTERI BESAR JOHOR. 

 

  1. MAJLIS INI DIADAKAN BAGI MEMPERKENALKAN PELAN SETARA KEPADA PENDUDUK PASIR GUDANG SEPERTI BERIKUT:-

 

  • PELAN SETARA ADALAH PELAN-PELAN LAKAR BESERTA GARIS PANDUAN TEKNIKAL YANG DIBUKUKAN SEBAGAI GANTI PELAN BAGI PEMBINAAN KECIL, PERUBAHAN DAN TAMBAHAN KECIL UNTUK PERMOHONAN UBAHAN TAMBAHAN RUMAH. MERUJUK PERENGGAN (1) UNDANG-UNDANG KECIL 18, UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1986.
  • BUKU PELAN SETARA INI DISEDIAKAN BAGI MENGAWAL PEMBINAAN UBAHAN TAMBAHAN RUMAH TANPA KEBENARAN DAN TIDAK MENDAPATKAN PERMIT DARI MAJLIS
  • PELAN YANG DISEDIAKAN TELAH TERATUR DAN TIDAK BOLEH DIPINDA.  PEMOHON PERLU MENGIKUT SETIAP PELAN LAKAR YANG DISEDIAKAN
  • DIBENARKAN HANYA UBAHAN TINGKAT BAWAH SAHAJA BAGI RUMAH JENIS TERES, BERKEMBAR, KLUSTER DAN SESEBUAH
  • MEMUDAHKAN URUSAN PERMOHONAN UBAHAN TAMBAHAN RUMAH DENGAN KOS YANG PALING MINIMA
  • PENDUDUK DAPAT MENJIMATKAN MASA DENGAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN PELAN SETARA YANG DISEDIAKAN OLEH MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG
  • MEMUDAHKAN DAN MEMPERCEPATKAN PEMILIK MENDAPATKAN KELULUSAN PELAN UBAHAN TAMBAHAN DARIPADA MPPG

 

  1. BUKU PANDUAN DAN PELAN SETARA

 

DIWUJUDKAN SEBAGAI PELAN-PELAN LAKAR YANG DISEDIAKAN DI DALAM PELAN SETARA ADALAH MELIBATKAN DI BAHAGIAN TINGKAT BAWAH SAHAJA SAMBUNGAN HADAPAN, SAMBUNGAN BELAKANG DAN SAMBUNGAN TEPI BAGI RUMAH JENIS :

  • RUMAH TERES 1 @ 2 TINGKAT
  • RUMAH KLUSTER
  • RUMAH BERKEMBAR (SEMI D)
  • RUMAH SESEBUAH

DIMAKLUMKAN BAHAWA MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG TELAH MELAKSANAKAN PENGGUNAAN BUKU GARIS PANDUAN DAN PELAN SETARA BAGI PEMBINAAN UBAHAN TAMBAHAN UNTUK RUMAH KEDIAMAN 1 TINGKAT,  MERUJUK PERENGGAN (1) UNDANG-UNDANG KECIL 18, UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1986.

Objektif buku ini diwujudkan adalah :

  1. Memudahkan urusan permohonan ubahan tambahan rumah dengan kos yang paling minima
  2. Penduduk dapat menjimatkan masa dengan menggunakan perkhidmatan pelan setara yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang
  3. Memudahkan dan mempercepatkan pemilik mendapatkan kelulusan pelan ubahan tambahan daripada Majlis Perbandaran Pasir Gudang

       5. KOS PERMOHONAN

 

KOS PERMOHONAN UBAHAN TAMBAHAN UNTUK SETIAP KATEGORI RUMAH ADALAH SEPERTIMANA BERIKUT :

 

PEMBELIAN BUKU PELAN SETARA=RM 50.00
WANG PROSES PELAN=
  • SESEBUAH/BANGLO = RM 700.00
  • KLUSTER & BERBANDUNG = RM 500.00
  • TERES = RM 300.00
PERMIT MELETAK BAHAN BINAAN=RM 81.00
PATEL=RM 10.00
JUMLAH=
  • SESEBUAH/BANGLO = RM 891.00
  • KLUSTER & BERBANDUNG= RM 691.00
  • TERES = RM 491.00

 

Cara Permohonan :

  1. Hanya pemilik rumah sahaja yang dibenarkan membuat pembelian buku pelan setara.
  2. Sila bawa bersama salinan perjanjian pembelian rumah (S&P) atau geran dan kad pengenalan.
  3. Pegawai Jabatan akan memberi penerangan secara terperinci mengenai jenis ubahan tambahan yang dikehendaki oleh pemohon merujuk kepada spesifikasi yang ditetapkan oleh MPPG.
  4. Pemohon perlu melengkapkan butiran-butiran di dalam buku pelan setara serta menyediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
  5. Permohonan yang lengkap akan diproses untuk pendaftaran dan kelulusan permohonan akan dikeluarkan dalam masa 24 jam waktu bekerja.
  6. Selepas pembinaan siap, pemohon dikehendaki membuang sisa bahan binaan di tapak pelupusan sampah Tanjung Langsat dan mendapatkan cap perakuan pada borang permit sementara bahan binaan (No. BB-2) sebagai bukti pembuangan sisa tersebut.
  7. Pemohon perlu maklum kepada Jabatan Kawalan Bangunan bahawa kerja-kerja pembinaan ubahan tambahan telah siap dilaksanakan dan membawa bukti cap perakuan tersebut.
  8. Sijil perakuan siap kerja akan dikeluarkan serta merta.

Untuk keterangan lanjut anda boleh :

  1. Hubungi Jabatan Kawalan Bangunan di talian 07-254 7722 / 45
  2. Hadir ke Jabatan Kawalan Bangunan, Aras 13, Menara Aqabah, Jalan Bandar, 81700 Pasir Gudang, Johor