1 Oktober 2024, Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato' Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang ke-2 telah melapor diri dan menyempurnakan Majlis Serahan Tugas oleh Yang Berhormat Dato' Asman Shah bin Abd. Rahman, Mantan Datuk Bandar Pasir Gudang di Dewan Cempaka Jingga, Menara Aqabah. Hari ini turut menandakan hari pertama buat Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato' Haji Shamsudin menjalankan tugas sebagai Datuk Bandar Pasir Gudang.
Yang Berhormat, Dato' Asman Shah bin Abd. Rahman mengakhiri khidmat baktinya sebagai Datuk Bandar Pasir Gudang pada hari ini dan memulakan perkhidmatan barunya di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Pembangunan). Sesi Serahan Tugas turut disaksikan oleh barisan Ketua-ketua Jabatan, Bahagian dan Unit, Majlis Bandaraya Pasir Gudang.
Seluruh Warga Kerja MBPG mengucapkan Selamat Datang kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato' Haji Shamsudin. Semoga Pasir Gudang terus membangun dan berada di aras kecemerlangan di bawah kepimpinan Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato' Haji Shamsudin.