Langkau ke kandungan utama

Majlis Bandaraya Pasir Gudang melalui Jabatan Kesejahteraan Komuniti dan Pelancongan telah menganjurkan Pertandingan Mobile Legends Bang Bang & Magic Chess Peringkat Pasir Gudang 2024 pada 17 Ogos 2024 bertempat di Atrium Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang.

Pertandingan ini diuruskan oleh Ezport Management Services dengan kerjasama Egamesport.Asia dan Kelab Sukan Elektronik Empayar Selatan (SEEC).Pertandingan ini yang merupakan tahun ke 4 dianjurkan oleh MBPG telah disertai oleh 32 pasukan dengan penyertaan seramai 192 orang peserta. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Puan Nurul Ashikin binti Haji A. Jabar, Setiausaha Majlis Bandaraya Pasir Gudang selaku wakil Rasmi Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang dengan diiringi Puan Hajah Noorhayati binti Sarmoen, Ketua Jabatan Kesejahteraan Komuniti dan Pelancongan. Berikut adalah senarai pemenang:

Kategori Draft Pick (5 Vs)

1. Johan RM2500.00 - Pasukan Tembok Alpha

2. Naib Johan RM1500.00 – Pasukan Southern Empire

3. Ketiga RM800.00 – Pasukan GenZ Esport

4. Keempat RM500.00 – Pasukan Impunity 

5. Kelima RM200.00 – Pasukan Dynamic Pasir Gudang Esport 

6. Keenam RM200.00 - Pasukan Seec Eternals 

7. Ketujuh RM200.00 - Pasukan Canyon Merah 

8. Kelapan RM200.00 - Pasukan Latom 

Kategori Magic Chess 

1. Johan RM200.00 - Syaiful Syafify 

2. Naib Johan RM150.00 – Muhd Riduan Hambali 

3. Ketiga RM100.00 – Muhd Shahmi Iman 

4. Keempat RM90.00 – Muhd Awan Hakim 

5. Kelima RM80.00 – Muhd Khaliddwan 

6. Keenam RM70.00 - Mohd Azizi Azhar 

7. Ketujuh RM60.00 - Muhd Safiq 

8. Kelapan RM50.00 - Daniel Eric Chuo 

Tahniah diucapkan kepada para pemenang.