Langkau ke kandungan utama

Majlis penyampaian hadiah bagi Kejohanan Bola Sepak Liga Bandaraya Piala Datuk Bandar Pasir Gudang 2024 dan Perlawanan akhir Piala FA Liga Bola Sepak Bandaraya Pasir Gudang 2024 telah berlangsung pada 11 Ogos 2024 (Ahad) jam 8.00 malam bertempat di Stadium Bola Sepak Pasir Gudang, Majlis Bandaraya Pasir Gudang.

Keputusan pemenang bagi Kejohanan Bola Sepak Liga Bandaraya Piala Datuk Bandar Pasir Gudang 2024 adalah seperti berikut :

Johan RM15,000.00 - JB TOMYAM FC 

Naib Johan RM7,000.00 - JOHOR PORT FC 

Ketiga RM3,000.00 - MBPG FC 

Keempat RM3,00.00 - ISKANDAR FC

 Kelima RM1,000.00 - JMF FC 

Keenaam RM1,000.00 - SENGAT FC ROVERS

 Ketujuh RM1,000.00 - ALOYA FC 

Manakala, Keputusan Penuh Piala FA Liga Bola Sepak Bandaraya Pasir Gudang 2024 pasukan JMF FC (0) - (1) Johor Port FC. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Asman Shah Bin Abd Rahman Dato' Bandar Pasir Gudang dengan diiringi oleh Yang Berbahagia Encik Abd Malek bin Mohamed, Timbalan Setiausaha Majlis Bandaraya Pasir Gudang, turut hadir Puan Noorhayati binti Sarmoen Ketua Jabatan Kesejahteraan Komuniti dan Pelancongan Majlis Bandaraya Pasir Gudang. Johan membawa pulang Hadiah Wang Tunai RM4,000.00, medal beserta piala dan Naib Johan membawa Pulang RM2,000.00, medal beserta piala. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang dan semua yang terlibat dalam menjayakan Kejohanan Bola Sepak Liga Bandaraya Pasir Gudang Piala Datuk Bandar Pasir Gudang 2024.