Langkau ke kandungan utama

1 Julai 2024, Yang Amat Berhormat Dato' Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor telah mengadakan lawatan ke Luna Lights Wonderland Johor 2024 di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang.

Beliau telah diiringi oleh Yang Berhormat, Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, Adun kawasan Permas, Ahli-ahli majlis, Majlis Bandaraya Pasir Gudang, dan Puan Nurul Ashikin binti Haji A.Jabar, Setiausaha, Majlis Bandaraya Pasir Gudang serta Encik Mohd Amin bin Kadiman, Timbalan Pengarah Tourism Johor Pameran lampu ini telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai festival lampu terbesar di Malaysia dengan penggunaan 1.4 juta mentol lampu LED. Pelbagai aktiviti disediakan seperti 5 tema lampu, Ruang Picnic LED, Aurora River, Terowong Love, Starwars dan Avatar, Gerai makanan dan permainan serta Photo Booth.