Merancang, mengatur dan mengawal pembangunan bandar, membina dan menyelenggara kemudahan awam dan infrastruktur.
Menyediakan perkhidmatan perbandaran, kawalan mutu makanan serta kawalan vector yang membawa penyakit .
Menguruskan alam sekitar yang berkesan.
Bertanggungjawab sebagai badan kawalan bangunan dalam memastikan kehendak perundangan, dasar – dasar dan garis panduan dipatuhi.
Menilai, menaksir dan memungut cukai.
Mengawal pengeluaran lesen – lesen premis dan lain – lain lesen berkaitan serta kemudahan perniagaan.
Membina dan menyelenggara kawasan rekreasi, riadah serta melaksanakan pengindahan bandar.
Menguruskan aset MBPG dan menguruskan harta – harta bersama sebagai Commissioner of Building serta penyewaan harta – harta.
Menguruskan kewangan dengan berkesan, cekap dan sistematik berdasarkan tatacara kewangan yang ditetapkan.
Melahirkan masyarakat yang bersatu padu melalui program – program kemasyarakatan.
Melaksanakan penguatkuasaan undang – undang.