Langkau ke kandungan utama

06 Februari 2025, MBPG telah mengadakan Sesi Ramah Mesra Datuk Bandar bersama Persatuan Penjaja di Kawasan Pentadbiran Majlis Bandaraya Pasir Gudang bagi memperkukuh hubungan serta membincangkan isu dan cabaran yang dihadapi oleh komuniti penjaja di Pasir Gudang.

Program ini turut dihadiri oleh Ahli Majlis MBPG serta ketua-ketua jabatan MBPG yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pembangunan sektor penjaja. Kehadiran mereka menunjukkan komitmen bersama dalam menyokong dan memajukan sektor ini.

Dalam sesi ini, Datuk Bandar menekankan komitmen MBPG dalam menyokong sektor penjaja melalui pelbagai inisiatif seperti MyKiosk, menaik taraf imej penjaja dan penubuhan Jawatankuasa Penjaja. Pelbagai isu telah dibangkitkan dan dibincangkan bagi mencari penyelesaian terbaik.

MBPG menghargai peranan penjaja dalam merancakkan ekonomi tempatan dan akan terus berusaha memastikan sektor ini berkembang maju. Kerjasama erat antara MBPG, Ahli Majlis, Ketua Jabatan dan komuniti penjaja diharapkan dapat melonjakkan lagi potensi ekonomi dan kesejahteraan bersama.

RAMAH MESRA DATUK BANDAR DENGAN PENIAGA