Langkau ke kandungan utama

16 September 2024, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) Bersama 29 Jabatan Persekutuan, Negeri, PBT dan Badan Berkanun yang lain terlibat dalam perarakan bersempena Sambutan Maulidur Rasul S.A.W peringkat Daerah Johor Bahru 1446H / 2024.

Perarakan bermula seawal jam 7 pagi di Jalan Langkasuka, Johor Bahru dan berakhir di perkarangan Masjid Jamek Tun Hussein Onn. Kontinjen Perarakan Maulidur Rasul MBPG telah diketuai oleh Tuan Haji Abdul Malek bin Mohamed, Timbalan Setiausaha MBPG. MBPG mengucapkan terima kasih kepada warga kerja yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi perarakan hari ini.