Langkau ke kandungan utama

5 November 2024, MBPG mengambil inisiatif menganjurkan Sambutan Hari Integriti Nasional Peringkat MBPG. Dengan tema ‘Teguh Integriti, Kukuh Pertiwi’, penganjuran program telah dilaksanakn dua sesi. Sesi pertama telah diadakan ceramah ‘Kenali Diri, Serlahkan Potensi’ yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan Dato’ Dr Haji Fadzilah Kamsah. Manakala, sesi kedua telah diadakan tayangan khas filem Sheriff: Narko Integriti.

Penganjuran program turut disertai oleh 5 pihak berkuasa tempatan yang lain iaitu MBJB, MBIP, MPKulai, MPPengerang dan MPKota Tinggi. Turut hadir sama semasa sesi perkongsian ceramah, YB Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin. Datuk Bandar Pasir Gudang.