Langkau ke kandungan utama

PASIR GUDANG, 8 Mac 2023, lebih kurang jam 9.00 malam, pihak MBPG telah melaksanakan satu tindakan penguatkuasaan secara bersepadu bersama pihak Jabatan Imigresen Johor Bahru.

Untuk makluman, dalam operasi ini adalah memfokuskan kepada premis-premis perniagaan yang menggunakan khidmat atau menggajikan pekerja asing tanpa permit yang sah, tiada sebarang dokumen dan tinggal lebih masa. Tindakan ini diambil dibawah Akta Imigresen 1959/63.

Tindakan daripada pihak MBPG, kita akan menyemak lesen premis perniagaan dan mengenalpasti kesalahan-kesalahan lain yang bertentangan dengan syarat-syarat kelulusan lesen perniagaan yang diberikan.

Pihak MBPG sentiasa akan membantu para peniaga-peniaga di Bandaraya Raya Pasir Gudang ini untuk melaksanakan aktiviti perniagaan namun sokongan daripada para peniaga dalam mematuhi peraturan yang ditetapkan amatlah diperlukan dalam usaha untuk memastikan Bandar Raya Pasir Gudang ini kekal bersih, terkawal dan dinamik.

#majlisbandarayapasirgudang

#dynamicpasirgudang

#bandarrayaindustridanpelabuhan

img