Langkau ke kandungan utama

4 Ogos 2026, Mesyuarat Penuh Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) Bilangan 7/2026 telah berlangsung di Dewan Cempaka, Aras 20, Menara Aqabah MBPG.

Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Datuk Bandar Pasir Gudang, menegaskan bahawa komitmen, integriti, profesionalisme dan kerjasama erat antara Ahli Majlis, warga kerja, agensi kerajaan serta rakan strategik merupakan tonggak utama dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti demi kesejahteraan masyarakat.

Kesepaduan ini penting dalam merealisasikan aspirasi Pasir Gudang sebagai bandar raya pintar, lestari, rendah karbon dan berdaya huni.

Mesyuarat turut merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi atas pelantikan sebagai Menteri Besar Johor ke-20, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor serta Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor bagi penggal 2026–2031.

Pelbagai pencapaian, program dan inisiatif MBPG sepanjang Julai 2026 turut dibincangkan, merangkumi pembangunan komuniti, peningkatan kemudahan awam, pengukuhan tadbir urus, pemerkasaan profesionalisme warga kerja serta peningkatan mutu penyampaian perkhidmatan.

Mesyuarat juga dimaklumkan mengenai pelbagai program dan aktiviti sepanjang Ogos 2026 bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan bagi menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta meningkatkan penglibatan komuniti.

MBPG akan terus memperkukuh tadbir urus yang berintegriti, memperkasa kesejahteraan komuniti dan memperluas kerjasama strategik demi pembangunan Bandaraya Pasir Gudang yang inklusif, mampan dan berdaya saing.

MESYUARAT PENUH MBPG THUMBNAIL