4 Februari 2025, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) hari ini telah melancarkan sistem E-Cukai 2025 yang diadakan di Ballroom Cempaka Jingga, Menara Aqabah.
Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mustaffa Kamal bin Dato' Haji Shamsudin, Datuk Bandar MBPG, bersama Puan Nurul Ashikin binti Hj. A. Jabar, Setiausaha MBPG, serta dihadiri oleh Dato’ Haji Mohd Amin bin Ahmad, Ketua Whip MBPG, ahli-ahli majlis, dan ketua-ketua jabatan MBPG.
Pelaksanaan sistem E-Cukai bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada pemilik harta di kawasan pentadbiran MBPG dalam memuat turun bil cukai harta serta mengemas kini maklumat secara dalam talian. Dengan sistem ini, proses pembayaran cukai dapat dilakukan dengan lebih cepat, mudah, dan efisien.
Bagi mendapatkan akses kepada sistem E-Cukai, pemilik harta boleh mengunjungi portal rasmi di pautan berikut: https://ecukai.mbpg.gov.my
Sistem ini merupakan satu lagi inisiatif digital MBPG dalam usaha meningkatkan kecekapan perkhidmatan kepada masyarakat.
'Majlis Bandaraya Pasir Gudang Ke Arah Perkhidmatan Digital'
![PELANCARA E CUKAI](/sites/default/files/inline-images/PERASMIAN%20E%20CUKAI.jpg)