Langkau ke kandungan utama

22 Februari 2025, Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang, telah merasmikan program Johor Bike Week 2025 yang berlangsung di perkarangan Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada jam 9.00 malam.

Program ini berlangsung selama tiga hari, bermula 21 sehingga 23 Februari 2025, dan menghimpunkan peminat motosikal dari seluruh negara dalam satu acara yang penuh kemeriahan. Acara ini juga bertujuan untuk mempromosikan Pasir Gudang sebagai destinasi pilihan bagi aktiviti permotoran.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan Johor Bike Week 2025 dan menikmati pelbagai aktiviti menarik yang telah disediakan sepanjang program ini.

JOHOR BIKEWEEK THUMBNAIL