16 Mac 2025, MBPG telah mengambil inisiatif menganjurkan Ihya’ Ramadan 1446H Pasir Gudang 2025 yang berlangsung di Masjid At-Taqwa, Taman Kota Masai, Pasir Gudang. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Ahli Majlis Kota Masai 3, JKPZ Kota Masai 3, dan Jawatankuasa Masjid At-Taqwa, Taman Kota Masai.
Program ini dirancang sebagai usaha untuk menyahut seruan melaksanakan kebaikan, khususnya dalam memberi makan kepada mereka yang berpuasa.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Datuk Bandar Pasir Gudang, YB Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin. Program diteruskan dengan segmen tazkirah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Hafiza bin Mat Nor, diikuti dengan berbuka puasa, solat tarawih, dan moreh bersama-sama jemaah.
Program ini bukan sahaja memberikan peluang untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk setempat, tetapi juga memperkukuhkan ukhuwah Islamiah dalam suasana penuh keberkatan di bulan Ramadan.
