Langkau ke kandungan utama

4 Ogos 2026, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Datuk Bandar Pasir Gudang telah merasmikan Ceramah "Memperkasa Kewangan Peribadi, Memantapkan Integriti" yang berlangsung di Ballroom Cempaka Jingga, Aras 3, Menara Aqabah, MBPG

Ceramah anjuran Unit Audit Dalam dan Integriti MBPG ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga kerja mengenai kepentingan pengurusan kewangan peribadi yang berhemat sebagai asas dalam memperkukuh nilai integriti, akauntabiliti dan etika dalam melaksanakan amanah sebagai penjawat awam.

Dalam ucapannya, Datuk Bandar Pasir Gudang menegaskan bahawa pengurusan kewangan yang berhemah merupakan asas penting dalam membentuk warga kerja yang berintegriti, beretika dan bertanggungjawab, di samping menggalakkan amalan perancangan kewangan yang bijak demi kesejahteraan masa hadapan.

Ceramah ini turut menampilkan Puan Nafisah binti Amran, Perancang Kewangan Berlesen sebagai penceramah jemputan yang berkongsi pengetahuan dan panduan berkaitan pengurusan kewangan berkesan serta hubung kaitnya dengan pembentukan budaya integriti dalam kehidupan dan kerjaya.

Semoga program ini dapat melahirkan warga kerja MBPG yang bukan sahaja celik kewangan, malah berintegriti, beretika dan beramanah dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

CERAMAH INTEGRITI