Langkau ke kandungan utama

30 Ogos 2026, Sambutan Malam Ambang Merdeka Pasir Gudang 2026 berlangsung penuh gemilang di Dataran Mahkota, Pasir Gudang. Dataran Mahkota dibanjiri ribuan warga Pasir Gudang bersama keluarga dan sahabat, menyemarakkan semangat kemerdekaan menerusi persembahan kebudayaan, nyanyian patriotik serta persembahan istimewa Ara Johari dan Hael Husaini.

Kemeriahan memuncak dengan kiraan detik ambang merdeka, pertunjukan bunga api, menaikkan Jalur Gemilang serta nyanyian Lagu Negaraku dan lagu-lagu patriotik dengan penuh semangat. Dari pandangan udara, Dataran Mahkota bagaikan lautan manusia. Kecil kelihatan dari langit, namun besar maknanya — setiap kehadiran membawa rasa cinta kepada tanah air.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Datuk Bandar Pasir Gudang bersama suami, Yang Berusaha Tuan Haji Razani bin Abdul Rauf, Ketua WHIP MBPG, Ahli-Ahli Majlis MBPG, Yang Berusaha Encik Ezlan Farid bin Mohd Said, Setiausaha MBPG serta Pengarah-Pengarah Jabatan/Unit MBPG.

Terima kasih kepada seluruh warga Pasir Gudang yang bersama-sama menghidupkan malam penuh bermakna ini.

Berikut antara momen sekitar kemeriahan Malam Ambang Merdeka Pasir Gudang 2026 yang menghimpunkan warga Pasir Gudang bersama keluarga dan rakan-rakan dalam suasana penuh keceriaan. Senyuman, gelak tawa dan semangat kebersamaan jelas terpancar di wajah para pengunjung yang hadir, menjadikan malam menjelang Hari Kebangsaan ini begitu istimewa dan bermakna.

MERDEKA 2026