Langkau ke kandungan utama

Dasar Kualiti

Majlis Bandaraya Pasir Gudang beritizam melaksanakan pengurusan yang berkualiti dan profesional serta melaksanakan penambahbaikan berterusan dan memastikan keberkesanan sistem bagi mencapai objektif kualiti berdasarkan perkara-perkara berikut:

  1. Mengurustadbir kawasan Pasir Gudang secara gemilang dan lestari ke arah pembentukan persekitaran kehidupan yang sejahtera.

  2. Memastikan aktiviti dan projek-projek pembangunan yang dijalankan memberi manfaat kepada masyarakat

  3. Menekankan pembangunan holistik berdasarkan peruntukan Akta Kerajaan Tempatan dan selaras dengan dasar-dasar kerajaan.

  4. Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan warga kerja melalui latihan yang berterusan

  5. Mempertingkatkan kerjasama dua hala dengan masyarakat bagi memperkasa komuniti.