Langkau ke kandungan utama

02/01/2022 | Pembayar cukai harta terawal telah diraikan pada hari ini apabila YB Dato’ Asman Shah bin Abd Rahman. Datuk Bandar MBPG telah meluangkan masa menyampaikan cenderamata kepada semua pembayar cukai yang bertuah melaksanakan tanggungjawab menjelaskan bayaran cukai harta semasa mereka.

Mereka yang bertuah telah menerima cenderamata berupa power bank, payung dan set tupperware. Ini adalah berikutan tawaran yang dijanjikan oleh pihak MBPG sebelum ini sekiranya mereka berjaya menjadi pembayar cukai harta terawal mulai 2 januari 2022.

Kali ini MBPG telah menyediakan sebanyak 4060 cenderamata dan orang ramai masih berpeluang untuk mendapatkannya selagi stok masih ada.

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada penduduk di dalam kawasan pemtadbiran MBPG yang membuat pembayaran cukai bagi tahun 2022.

img