Langkau ke kandungan utama

10/03/2025 - MBPG telah melaksanakan Program ‘Walkabout’ Cukai Harta Bersama Datuk Bandar bagi menyampaikan Anugerah Industri Cemerlang Cukai Harta 2024 kepada pegangan perindustrian yang komited dalam menjelaskan cukai harta.

* Bahru Stainless Sdn. Bhd. 

* Dialog Terminals Langsat (1) Sdn. Bhd. 

* MSM Malaysia Holdings Berhad

Selain itu, pegangan perindustrian berikut juga turut menerima pengiktirafan "Industrial Towards Johor Green Deal" di atas inisiatif dan usaha melestarikan alam sekitar dalam operasi harian pegangan tersebut. 

* Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn. Bhd.

Majlis ini disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Bandar MBPG, Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, diiringi oleh Ketua Whip MBPG, Dato’ Haji Mohd Amin bin Ahmad, Ahli-ahli majlis, dan Ketua-ketua Jabatan MBPG.

Anugerah ini merupakan penghargaan MBPG kepada pihak industri yang menunjukkan kebertanggungjawaban tinggi dalam menjelaskan cukai harta yang secara tidak langsung menyumbang kepada pembangunan komuniti dan kesejahteraan Pasir Gudang.

LAWATAN CUKAI