Langkau ke kandungan utama

6 Mei 2025, MBPG telah menganjurkan Taklimat Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan peringkat MBPG pada hari ini bertempat di Ballroom Cempaka Jingga, aras 3 Menara Aqabah.

Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Timbalan Setiausaha MBPG Yang Berusaha En Abd Malek bin Mohamed yang menegaskan kepentingan budaya kerja selamat dalam kalangan warga kerja MBPG seiring dengan usaha ke arah pensijilan MS ISO 45001:2018.

Turut diadakan sesi ceramah dan pameran oleh wakil Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri Johor, bagi memperluas pemahaman tentang peranan setiap individu dalam mencegah kemalangan serta memastikan kesejahteraan di tempat kerja.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada budaya kerja yang lebih sihat, selamat dan produktif di MBPG.

CERAMAH KESELAMATAN THUMBNAIL