Langkau ke kandungan utama

17 April 2025, MBPG telah mengadakan Sesi Taklimat dan Undian bagi Tapak Penjaja Jalan Persiaran Scientex, Taman Scientex sempena penempatan semula tapak penjaja sedia ada ke tapak baharu pada hari ini bertempat di Ballroom Cempaka Jingga , Aras 3 Menara Aqabah MBPG.

Pemindahan ini dilaksanakan susulan daripada tapak penjaja sedia ada akan dijadikan laluan utama bagi pembangunan baharu oleh pihak pemaju. Seramai 53 orang penjaja terlibat dalam sesi undian tersebut.

Taklimat telah disampaikan oleh Puan Siti Famziah binti Azman, Penolong Pengarah Komersial, Jabatan Pengurusan Harta dan Komersial. Majlis turut dihadiri oleh Yang Berusaha Puan Nurul Ashikin binti Haji A. Jabar, Setiausaha MBPG, Puan Hajah Haryati binti Ismail, Ahli Majlis Zon Scientex 2, Puan Haslina binti Hassan, Pengarah Pengurusan Harta dan Komersial.

Selain itu majlis juga dihadiri oleh Jabatan Kesihatan Awam, Persekitaran dan Pelesenan, Jabatan Penguatkuasaan serta Bahagian Audit Dalam dan Integriti MBPG.

Sesi taklimat dan undian ini bertujuan memberi pencerahan kepada para penjaja mengenai proses perpindahan serta menjalankan undian lot tapak bagi memastikan tapak penjaja yang adil dan teratur. Semoga langkah ini membuka peluang yang lebih baik kepada semua penjaja.

TAKLIMAT UNDIAN PENJAJA