Langkau ke kandungan utama

29 Mac 2025, MBPG melalui Kelab Sukan dan Kebajikan MBPG telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan Hari Raya Aidilfitri kepada 200 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir di Kampung Cahaya Baru.

Sumbangan ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang, yang turut menyampaikan kata-kata semangat kepada para penerima dalam mendepani ujian ini.

Diharapkan sumbangan ini dapat membantu meringankan beban keluarga yang terjejas dan memberi sedikit kegembiraan dalam menyambut Syawal yang bakal tiba.

Turut hadir dalam program ini ialah Ahli Majlis kawasan, Tuan Haji Abdul Malek bin Mahmood dan Puan Hajah Rap’enah binti Ali.

Semoga sumbangan ini membawa sinar kebahagiaan kepada mereka yang menerima, menguatkan semangat dalam menghadapi cabaran, serta menyemarakkan lagi nilai keprihatinan dan kasih sayang dalam komuniti.

SUMBANGAN MANGSA BANJIR THUMBNAIL