10/6/2023 ,Yang berhormat Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara pada hari ini telah hadir menyempurnakan Majlis Program Ramah Tamah Uniti – Kaamatan dan Gawai Tahun 2023. Program yang berlangsung sejak 9.00 pagi hingga 11.00 malam ini telah berlangsung kali ini di Dewan Serbaguna, Taman Mawar, Pasir Gudang .
Majlis telah dimeriahkan dengan pengisian program yang agak unik seperti acara penjualan makanan, sayur-sayuran serta kraftangan Borneo di samping persembahan kebudayaan etnik, sembang santai kaamatan & Gawai disamping persembahan artis jemputan dari Sarawak Rickie Andrewson, penampilan khas Kumang Gawai & Unduk Ngadau, pertandingan Kumang dan peragaan busana Borneo.
Antara kehadiran tetamu jemputan lain yang turut menyerikan majlis adalah Yang Berhormat Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Dan Perpaduan Negeri Johor, Yang Berbahagia Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Setiausaha kementerian Perpaduan Negara, Yang Berbahagia Tuan Haji Muzaldin Bin Mohamed, Pegawai Daerah Johor Bahru, Yang Berhormat Dato’ Asman Shah Bin Abd Rahman, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Yang Berusaha Tuan Andenson Dato Pengarah Urusan Borneo MA Smart Vendors Sdn Bhd dan Yang Berusaha Puan Gangging Anak Sanggau, Presiden Persatuan Anak Borneo Semenanjung.
#bandarrayaindustridanpelabuhan