Langkau ke kandungan utama

8 Disember 2024, Majlis Perasmian Laman Lestari Hijau MBPG telah diadakan bertempat di Tapak Semaian MBPG hari ini.

Perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang bersama isteri Datin Masrita binti Masnun, Pengerusi Puspanita MBPG. Perasmian melibatkan lawatan YB Datuk Bandar bersama Datin ke setiap plot tapak semaian setiap Jabatan, Bahagian dan Unit MBPG serta penyerahan bakul peralatan semaian dan pertanian.

Inisiatif Laman Lestari Hijau MBPG adalah usaha MBPG melalui amalan terbaik Bandar Berkarbon Rendah di mana sebuah bandar yang terdiri daripada masyarakat yang menggunakan teknologi hijau secara lestari, melaksanakan amalan hijau dan mengeluarkan karbon secara rendah. Pelaksanaan Laman Lestari Hijau MBPG melibatkan 6 orang warga kerja MBPG dari setiap Jabatan, Bahagian dan Unit.

THUMBNAIL PERASMIAN KEBUN LAMAN HIJAU