Langkau ke kandungan utama

27 Februari 2025, MBPG telah mengadakan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Dewan Muafakat Taman Mawar pada hari ini sebagai manifestasi komitmen berterusan dalam membudayakan integriti serta menolak sebarang bentuk rasuah.

Majlis dimulakan dengan ceramah bertajuk “Rasuah Dihina, Maruah Dibina” yang disampaikan oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), diikuti dengan sesi pengenalan serta lafaz ikrar oleh warga kerja baharu.

Selain itu, pelancaran Agen Integriti MBPG telah disempurnakan melibatkan 34 agen terpilih yang bertanggungjawab memperkukuh kefahaman warga kerja mengenai dasar dan polisi berkaitan integriti.

Sesi Lafaz Ikrar Bebas Rasuah kemudiannya diketuai oleh YB Dato' Haji Mustaffa Kamal bin Dato' Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang, sebelum disusuli dengan gimik perasmian iaitu sesi menandatangani IBR yang disaksikan oleh YBhg. Dato' TPj. Hj Azmi bin Hj Alias, Pengarah SPRM Negeri Johor.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Yang Berbahagia Dato' Haji Mohd Amin bin Ahmad, Ketua Whip Ahli Majlis MBPG, Tuan Haji Abd Malek bin Mohamed, Timbalan Setiausaha MBPG, Ahli Majlis MBPG, ketua-ketua jabatan, bahagian dan unit serta warga kerja MBPG.

Komitmen membanteras rasuah memerlukan usaha berterusan daripada semua pihak. Bersama kita menjadikan integriti sebagai budaya kerja demi memastikan pentadbiran yang telus, berwibawa dan beramanah.

IKRAR BEBAS RASUAH