Langkau ke kandungan utama

11 April 2025, MBPG hari ini berbesar hati menerima kunjungan YB H’ng Mooi Lye, EXCO Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang bersama delegasi pengurusan tertinggi dari Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dalam satu lawatan kerja rasmi di Dewan Cempaka Aras 20, MBPG.

Lawatan ini bertujuan meninjau pelaksanaan Sistem Parkir Pintar Bersepadu MBPG serta berkongsi amalan terbaik berkaitan pembangunan Command Centre MBPG yang menjadi nadi kepada pemantauan dan pengurusan bandar secara digital dan efisien.

Sesi turut diserikan dengan taklimat daripada En. Nasir bin Habizar, Ketua Teknologi CTIntel Sdn. Bhd. berkaitan pelaksanaan Sistem Parkir Pintar Bersepadu MBPG diikuti dengan taklimat daripada En. Nur Salihin bin Salahuddin, Pengarah Jabatan Kejuruteraan MBPG yang memperincikan peranan Command Centre MBPG dalam menyokong sistem penyampaian perkhidmatan bandar secara menyeluruh.

Majlis turut dihadiri YB Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang.

MBPG amat mengalu-alukan perkongsian strategik dan pertukaran ilmu seperti ini, demi memperkukuh jaringan kerjasama antara pihak berkuasa tempatan ke arah kecemerlangan perbandaran yang mampan dan progresif.

LAWATAN EXCO PULAU PINANG THUMBNAIL