14 Disember 2024, YB Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang berkesempatan menyusuri kawasan perairan Pasir Gudang yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan pelancongan.
Antara kawasan perairan yang dilawati adalah perairan Teluk Jawa serta Sungai Johor ke Selat Mendana. Lawatan turut disertai Ahli-Ahli Majlis MBPG, Ketua-ketua Jabatan, Bahagian dan Unit MBPG.