18 April 2025 MBPG telah mengadakan Kursus Latihan Pengukuhan Fire Squad dan Rescuer bertempat di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pasir Gudang pada hari ini.
Taklimat latihan telah disampaikan oleh Pegawai Bomba, Encik Mohammad Faez bin Rahmat dari Balai Bomba Pasir Gudang.
Program ini diadakan sejajar dengan perkembangan dan keperluan pekerjaan masa kini di mana warga kerja MBPG khususnya yang bertugas di lapangan terdedah kepada risiko kemalangan di tempat kerja.
Justeru itu, latihan ini dilaksanakan bagi melengkapkan kesiapsiagaan warga kerja MBPG dengan pengetahuan berkaitan pengurusan insiden dan kemalangan di tempat kerja. Selain itu, keperluan penjagaan kesihatan dan keselamatan di tempat kerja merupakan elemen penting yang sedang diperhebatkan oleh MBPG sebagai salah satu usaha ke arah memperkasakan Occupational Safety and Health (OSH).
Usaha ini juga adalah sebahagian daripada inisiatif MBPG untuk memperoleh pensijilan ISO 45001:2018 daripada SIRIM.
MBPG sentiasa komited dalam memastikan tahap keselamatan, kecaknaan serta kesiapsiagaan warga kerjanya berada pada tahap terbaik demi menjamin kelancaran tugas serta kesejahteraan bersama.
