28 Mei 2025, Hari ini telah berlangsung kunjungan hormat Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara, Tuan Haji Mansor bin Mohamad, bersama Datuk Bandar Pasir Gudang, Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.
Kunjungan hormat ini telah diterima oleh YB Tan Sri Dato’ Dr. Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor.
Tujuan kunjungan ini adalah untuk membentangkan perancangan serta pengisian Program Hari Landskap Negara 2025 yang bakal berlangsung pada 26 hingga 30 Jun 2025 bertempat di Taman Bandar Pasir Gudang, Johor.
Turut serta dalam delegasi ialah Encik Mahathir bin Muhamed, Pengarah Bahagian Promosi & Industri Landskap, Jabatan Landskap Negara dan Puan Hajah LAr Zanariah Kadir, Pengarah Landskap MBPG.
Kunjungan ini turut diserikan dengan sesi serahan cenderahati sebagai tanda penghargaan dan sokongan terhadap usaha bersama memperkasa landskap hijau negeri Johor.
