19 Februari 2025, MBPG telah mengadakan kunjung hormat dan lawatan penandaarasan ke Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) bagi menimba ilmu serta pengalaman dalam pelaksanaan dan amalan aktiviti bandar pintar yang telah dilaksanakan oleh MBKS.
Sebagai sebahagian daripada lawatan ini, satu pertemuan rasmi turut diatur antara Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang, dan Yang Berbahagia Dato’ Wee Hong Seng, Datuk Bandar Kuching Selatan. Pertemuan ini menjadi platform bagi kedua-dua Datuk Bandar untuk berkongsi pandangan dan pengalaman dalam aspek pengurusan bandar raya masing-masing.
Turut hadir dalam sesi ini ialah Yang Berbahagia Dato’ Zaiedi Suhaili, Timbalan Datuk Bandar Kuching Selatan, dan Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Malek bin Mohamed, Timbalan Setiausaha MBPG.
Diharapkan kunjungan ini dapat memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua bandar raya, selain membuka peluang kerjasama yang lebih erat dalam meningkatkan mutu pentadbiran dan pembangunan bandar secara mampan di masa hadapan.
