Langkau ke kandungan utama

14 April 2025, MBPG telah melaksanakan Program Gotong-Royong Pembersihan di kawasan Kampung Pasir Gudang Baru yang melibatkan penyertaan warga komuniti setempat serta kakitangan MBPG pada hari ini.

Program ini turut mendapat suntikan semangat apabila Yang Berhormat Dato' Haji Mustaffa Kamal bin Dato' Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang hadir sendiri menyertai aktiviti pembersihan dan turut sama berganding bahu membersihkan kawasan sungai di kampung berkenaan.

Turut hadir Ahli Majlis Zon Rinting 2 Encik Law Yiak Kwang.

Usaha ini bertujuan memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat dan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan menjaga kebersihan serta kelestarian alam sekitar.

Semoga usaha murni seperti ini dapat diteruskan dan menjadi budaya berterusan dalam kalangan komuniti demi menjadikan Pasir Gudang sebuah bandaraya yang bersih, sihat dan harmoni.

DATUK BANDAR TURUN PADANG THUMBNAIL