18 April 2025, YB Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang telah merasmikan Klinik Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) yang ditubuhkan sejak April 2023 di bawah Jabatan Kesihatan Awam, Persekitaran dan Pelesenan pada hari ini.
Penubuhan klinik ini bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan rawatan kesihatan secara percuma kepada semua warga kerja MBPG sebagai salah satu inisiatif kebajikan dalaman.
Selain itu, Klinik MBPG turut menawarkan servis suntikan vaksin Typhoid kepada pengendali makanan dan penjaja sekitar Pasir Gudang selari dengan usaha memperkukuh tahap kesihatan komuniti.
Semoga penubuhan Klinik MBPG dapat meningkatkan akses kesihatan dalam kalangan warga kerja dan menyumbang ke arah bandar yang sihat, selamat dan sejahtera.
MBPG komited untuk terus menyediakan kemudahan yang menyokong kesejahteraan dan produktiviti warga kerjanya.
