5 Disember 2024, YB Dato' Haji Mustaffa Kamal bin Dato' Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang berkesempatan menandatangani mural di Tapak Mural KPBPG.
Mural yang dilakar membawa makna signifikan mengumpulkan semua agensi UTC Pasir Gudang sebagai penyedia perkhidmatan kepada masyarakat. Lakaran ini turut mempromosikan lokasi-lokasi ikonik dan aktiviti pelancongan di Pasir Gudang. Inisiatif ini merupakan satu langkah rejuvenasi UTC Pasir Gudang sebagai sebuah lokasi tumpuan utama khususnya penduduk Pasir Gudang untuk mendapatkan perkhidmatan dan produk jualan yang ditawarkan. Juga sebagai langkah awal oleh UTC Pasir Gudang bagi menaikkan semula Pusat Transformasi Bandar @ UTC sebagai pusat sehenti.