Langkau ke kandungan utama

28 Mac 2025, MBPG dengan kerjasama Kelab Sukan & Kebajikan MBPG, ANULAE Cawangan MBPG, dan PUSPANITA MBPG telah mengadakan Program Agihan Bakul Rezeki Syawal 2025 sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan terhadap warga kerja MBPG, pesara, pelajar praktikal, MySTEP serta pekerja pembersihan yang bakal menyambut Syawal tidak lama lagi.

Program yang berlangsung pada 26 & 28 Mac 2025 ini turut menyaksikan Yang Berhormat Dato' Haji Mustaffa Kamal bin Dato' Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang, menyampaikan sumbangan berjumlah RM5,000.00 kepada Persatuan Kebajikan Darul Hanan dan RM10,000.00 kepada Jawatankuasa Penaja Pembinaan Masjid Bestari Perdana Pasir Gudang sebagai sokongan kepada usaha kebajikan dan pembangunan komuniti.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Dihormati Datin Masrita binti Masnun, Pengerusi PUSPANITA MBPG, Yang Berbahagia Puan Nurul Ashikin binti Haji A. Jabar, Setiausaha MBPG, serta En. Mohd Hafiz bin Abd Hamid, Pengerusi ANULAE Cawangan MBPG.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban penerima dan membawa keberkatan serta kegembiraan dalam menyambut Syawal yang bakal tiba.

BAKUL REZEKI THUMBNAIL