Langkau ke kandungan utama

26 Ogos 2024, Lawatan Tapak Ops Longkang yang diketuai oleh Yang Berhormat, Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli Bin Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur Dan Komunikasi Negeri Johor telah dilaksanakan di Jalan Persekutuan di antara kawasan Masai dan Taman Cendana.

Tujuan lawatan tapak dilaksanakan bagi mengenal pasti serta memantau kawasan ‘Grey Area’ dan sempadan seliaan JKR, MBPG dan Agensi. Selain itu, pemantauan dan penambahbaikan turut dilaksanakan terhadap proses kerja yang dijalankan di sekitar kawasan tersebut khususnya dikawasan tumpuan "Hotspot" banjir.

Turut bersama dalam lawatan tersebut ialah Yang Berhormat Dato’ Asman Shah bin Abd. Rahman, Datuk Bandar Pasir Gudang, Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran, Wakil Jabatan Kerja Raya, Pihak Konsesi Selia Selenggara, Pegawai-pegawai Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Majlis Bandaraya Pasir Gudang.